Sunday 30 May 2021

Tugasan Subjek Nilai Masyarakat

 Tugasan Subjek Nilai Masyarakat

POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, PASIR GUDANG, JOHOR.




Kumpulan 2 ; Nakulan Ramani (09DEM20F1003)

                      Yutheysh A/L Uthaya Saravanan (09DKM20F1049)

                      Kishen A/L Sasi kumar (09DEM20F1020)

                      Hirish Kumaar A/L Selva Kumar (09DEM20F1034)


BUDAYA HEDONISME DAN KESANNYA

 

          Hedonisme (daripada perkataan bahasa Greek: ἡδονισμός hēdonismos: kemeriahan, daripada ἡδονή hēdonē: keseronokan; Bahasa Inggeris: Hedonism) adalah fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Hedonisme merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia.

 

 

Kesan negatif

          

           Terdapat banyak kesan dalam budaya hedonism terutamanya kesan negatif. Budaya hedonisme akan menyebabkan generasi muda pada masa kini mudah lupa tradisi kehidupan masyarakat masing-masing. Hal ini akan menyebabkan  generasi ini terpengaruh dengan cara hidup budaya barat. Situasi ini boleh diterangkan lebih lanjut apabila kita melihat dari aspek cara berpakaian yang menjolok mata. Oleh Itu, kes-kes berat seperti mencabul dan rogol boleh berlaku apabila keadaan sebegini tidak dikawal .

 

            Bukan itu sahaja, penglibatan seorang remaja dalam budaya hedonisme boleh menyebabkan  berlakunya peningkatan kadar jenayah dalam kalangan mereka. Jika para golongan  remaja terlibat dalam budaya ini ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula pada zaman sekarang kadar jenayah semakin meningkat dari masa ke semasa. Lebih-Lebih lagi , keadaan macam ini juga boleh menjejaskan maruah diri serta keluraga mereka. Apabila situasi ini berlaku, remaja dan keluragannya akan mengalami pelbagai masalah seperti menjejaskan maruah dan nama baik keluarga serta menjejaskan peluang-peluang di masa depan mereka.

 

  

 

 

           Pengamalan budaya hedonisme dalam kalagan remaja juga akan memudaratkan ajaran agama dan nilai-nilai moral. Hal ini disebabakan, ajaran  agama merupakan salah satu senjata ampuh yang kuat bagi melindungi diri kita daripada melakukan kesalahan di samping juga akan memanfaatkan seseorang individu untuk membezakan antara perbuatan betul dan salah. Selain daripada itu, ia juga akan membentuk seorang modal insan yang terbaik apabila ramaja masa kini mengamalkan prinsip keagamaan dalam kehidupan mereka sebaliknya melibatkan diri dalam amalan hedonisme.

 

                                                     

 

Kesan positif

 

           Golongan hedonisme ini memilih kebahagian sebagai langkah untuk mencapai kesenangan. Mereka berpendapat bahawa tindakan yang baik untuk mendapat kenikmatan dan kepuasan diri. Ini sudah tentu salah disisi agama kerana banyak perkara yang bercanggah dengan syarak. Golongan hedonisme akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memaksimakan prinsip kesenangan dan keseronokkan itu bagi mengatasi segala yang lain.

 

       Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronakkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang penting ialah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronakkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.

 

    

 

 


Budaya Hedonisme

 

 

 

 

 

 

            Kesimpulannya, penularan budaya hedonisme yang mementingkan keseronokan dan kenikmatan sebagai pegangan hidup dalam kalangan belia dan remaja dikenal pasti antara punca ramai golongan ini kian rapuh semangat jati diri dan pegangan agama di negara kita. Hedonisme mementingkan kebebasan fikiran dalam semua aspek perlakuan yang berkiblatkan keseronokan semata-mata. Keseronokan ini hanya diputuskan sendiri oleh akal manusia yang secara langsung selaras dengan fahaman sekularisme yang mahu membebaskan manusia daripada unsur agama dan ketuhanan. Namun demikian, majoriti masyarakat cuba mencari jalan penyelesaian bagi mengekang budaya hedonism ini

 

Wednesday 15 May 2019

about nakulan

Biodata Diri

Nama: Kulan

Makanan kegemaran: mee hoon

Minuman kegemaran: sirap ais